Below is a recent letter sent to all SwissCash Investors and the report taken from a Malaysian newspaper for your perusal.My apology...The report I have is in Malay. (If you have any in English, do post it to me, Thank you)Dear Investors,It was reported today that 8 Malaysians have been apprehended and under questioning by local authorities for cheating a number of investors in their own country. This syndicate had been collecting money from potential investors to invest in many Internet Scams and had never actually invested their money with SwissCash.Swiss Mutual Fund has been coordinating with the local authorities into leading to the arrests of these culprits after receiving various suspicion enquiries and complains.Again, we urge all investors who had invested or intend to promote our financial facility to not associate yourselves into any tactics of utilizing our facility to soliciting funds from public for your own personal benefit.Swiss Mutual Fund will not hesitate into taking any action against any party and coordinating with any local authorities to stopping their activities should we have found out their involvement in any suspicious transactions.We would like to also take this opportunity to clarify that SwissCash is the only financial facility we offer to our global investors.We had never backed up or sponsored or launched any other financial facility that caters to the public.Thank you.Compliance DepartmentSwiss Mutual FundNow, the newspaper report:-Kes tipu: Dua ‘Datuk’ tiada kaitan Swiss CashOleh SOPI SAMAILE
KUALA LUMPUR 4 Okt. – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Ramli Yusuf hari ini menjelaskan kes penipuan yang membabitkan dua orang Datuk semalam tiada kaitan dengan skim pelaburan Swiss Cash atau Swiss Mutual Fund.
Katanya, ia melibatkan dana bank Union Swiss yang tiada kaitan dengan pelaburan Swiss Cash.
Swiss Cash ialah satu skim pelaburan luar pesisir yang urusniaganya dilakukan menerusi Internet.
Mengulas lanjut mengenai kes itu, beliau berkata, dua Datuk yang menjadi dalang dana bank Union Swiss melibatkan penipuan berjumlah RM20 juta itu mengugut para pelabur yang telah sedar mereka tertipu akan ditahan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) jika mendedahkan perkara itu kepada polis.
Ini kerana, dua Datuk terbabit mendakwa pelaburan yang mereka jalankan adalah projek kerajaan dan sebab itu pendedahan oleh mana-mana pihak akan menyebabkan mereka ditahan di bawah akta berkenaan.
Disebabkan itu, para pelabur tidak berani untuk melaporkan penipuan yang dilakukan oleh sindiket terbabit malah ada juga yang bimbang sekiranya wang yang telah dilabur ‘hangus’ begitu sahaja sebaik perkara itu dilaporkan kepada polis.
Bagaimanapun beliau berkata, kegiatan sindiket itu mulai terbongkar selepas empat laporan polis dilakukan terhadap dua Datuk tersebut pada September lalu.
‘‘Para pelabur sebelum ini telah dijanjikan oleh sindiket berkenaan bahawa dividen akan dibayar pada November tahun lalu namun sehingga kini satu sen pun tidak dibayar.
‘‘Sindiket itu memberi pelbagai alasan setiap kali diajukan mengenai bayaran dividen sehingga para pelabur tidak tahan lalu membuat laporan polis,’’ katanya pada sidang akbar di pejabatnya, di sini, hari ini.
Ramli berkata, sindiket itu dipercayai menjalankan operasinya sejak tahun 2000 dan modus operandi mereka pula ada gaya ala ‘Pak Man Telo’ dengan menjanjikan pulangan lumayan sehingga 35 peratus atau dalam kata lain keuntungan 50 kali ganda daripada jumlah yang dilaburkan.
Selain itu, katanya, sindiket berkenaan mendakwa mereka telah mendapat kelulusan Bank Negara untuk menguruskan wang kononnya milik kerajaan pada zaman British yang berjumlah trilion ringgit di bank Union Swiss itu untuk dibawa pulang ke negara ini.
Bagaimanapun, syarat untuk membawa pulang wang itu perlu dilakukan oleh individu-individu yang melakukan pelaburan dengan sindiket terbabit kerana urusan menerusi saluran bank tidak diterima.
“Malah, urusan pelaburan sindiket itu juga dalam bentuk tunai kerana untuk mempercepatkan proses pelaburan berbanding dengan penggunaan cek yang terpaksa memakan masa.
“Selepas melakukan penyerahan wang pelaburan, sindiket terbabit akan memberi sebuah buku cek (palsu) kepada pelabur untuk digunakan mengeluarkan dividen kelak,’’ katanya.
Ramli memberitahu, dua Datuk terbabit berjaya ditahan di sebuah hotel bertaraf lima bintang di ibu negara sewaktu sedang berurusan dengan mangsanya pada pukul 1 petang malah polis turut merampas wang tunai sebanyak RM325,000.
Menurutnya, pada hari yang sama juga, polis telah menahan beberapa orang yang berkaitan dengan kes itu dengan kesemua yang ditahan berjumlah 18 orang berusia lingkungan 40 hingga 60 tahun, namun selepas siasatan dilakukan, sembilan daripadanya telah dibebaskan.
“Polis percaya ramai lagi pihak yang telah ditipu sindiket berkenaan dan pihaknya akan membekukan kesemua akaun sembilan suspek di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) 2001,’’ ujarnya.
Difahamkan, dua Datuk terbabit iaitu seorang presiden dan seorang lagi naib presiden sebuah syarikat menggunakan syarikat terbabit untuk mengendalikan kegiatan penipuan itu.